Tuesday, 20 November 2018

Petua Pemakanan untuk Penuaan Sihat

Petua Pemakanan untuk Penuaan Sihat


 



Antara kejayaan manusia adalah peningkatan jangka hayat, kerana ia melambangkan kemajuan sesebuah negara dan seharusnya memberikan banyak kebaikan kepada pembangunan negara, populasi dan masyarakatnya. Walau bagaimanapun, peningkatan jangka hayat ini secara lumrahnya adalah seiring dengan peningkatan penyakit kronik termasuk penyakit kardiovaskular, kencing manis atau diabetes, kenser, osteoporosis dan demensia. Faktor gaya hidup terutamanya pemakanan boleh mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan seseorang. Perkembangan dalam penyelidikan penuaan menyerlahkan lagi rahsia pemakanan bagi menikmati penuaan sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mudah diamalkan dan terpulang bagi seseorang individu untuk membuat pilihan yang bijak bagi penuaan sihat. Walau bagaimanapun, manusia sering bergelut dengan cabaran atau kawalan diri dan juga persekitaran serta kadang kala mudah tewas dengan faktor budaya, persekitaran dan globalisasi yang mengundang kepada gaya hidup tidak sihat. Syarahan ini menyorot kepada peralihan demografi populasi warga emas yang semankin meningkat, dan juga perubahan pola status pemakanan serta implikasinya terhadap kesihatan warga emas khususnya. Konsep penuaan sihat serta petua pemakanannya diungkai daripada bukti saintifik serta penyelidikan tempatan khususnya, agar relevan dengan konteks masyarakat masa kini. Penekanan khusus ditekankan bagi saranan penuaan sihat melalui pemakanan sebagaimana berikut: 1) kekalkan berat badan sihat, 2) penuhi keperluan nutrien melalui diet seimbang, 3) penuhi keperluan kalsium dan vitamin D, 4) tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, 5) ambil protin dan lemak yang berkualiti, dan 6) amalkan diet penghadan kalori. Hala tuju bidang ini dan saranan pemakanan bagi memperbaiki status pemakanan populasi bagi penuaan sihat bermula dari analisis status pemakanan dan tahap pengambilan makanan sehingga ke bukti sintifik terkini dan pendekatan kotemporari ke arah penuaan sihat dan kesejahteraan populasi turut dikupas. Adalah diharap agar syarahan ini dapat membuka minda individu, profesional dan penyelidik dalam bidang sosial dan kesihatan terhadap konsep pemakanan dan penuaan untuk semua lapisan masyarakat dan sepanjang hayat. Pengubahsuaian diet dan gaya hidup adalah antara ramuan utama kepada penuaan sihat yang masih perlu kepada penelitian penyelidikan melalui pendekatan jangka panjang dan pelbagai disiplin, mebggunakan teknologi terkini, promosi kesihatan inovatif dan releven kepda masyarakat tempatan dan serantau. 

Promo Price RM20 to RM19
Purchase direct to ; 

 Petua Pemakanan untuk Penuaan Sihat
 
Petua Pemakanan untuk Penuaan Sihat
 

No comments:

Post a Comment