Monday 26 November 2018

Penyakit Kardiovaskular: Peranan Antioksidan

Penyakit Kardiovaskular: Peranan Antioksidan


Product details of Penyakit Kardiovaskular: Peranan Antioksidan

Penyakit Kardiovaskular: Peranan Antioksidan adalah senuah buku bacaan umum yang memberikan pengetahuan berkenaan penyakit kardiovaskular, risiko dan gejala yang berlaku. Patogenesis penyakit kardiovaskular telah dirancang berpunca daripada tindakan radikal bebas ke atas sel tubuh. Penghasilakan redikal bebas yang lebih banyak berbanding antioksidan dalam tubuh menyebabkan keseimbangan oksidan dan antioksidan terganggu. Aras antioksidan yang lebih tinggi berbanding pengahsilan redikal bebas mampu melindungi jantung dan tubuh keseluruhannya. Gangguan keseimbangan ini menyebabkan berlaku tekanan oksidatif di mana terjadinya kerosakan sel dan tisu jantung. Kerosakan ini sukar dibaiki apabila gangguan keseimbangan ini berlanjutan untuk tempoh lama. Pada jangka masa yang singkat, kerosakan boleh diabaikpulih. Bagi mengurangi dan menghindari serta melindungi jantung daripada tindakan redikal bebas, pengambilan antioksidan sangat disarankan. Oleh sebab itu, dalam buku ini ada diterangkan berkenaan antioksidan dan jenis-jenisnya serta menyarankan supaya antioksidan yang mencukupi perlu diamabil untuk memastikan tubuh dalam keadaan kesihatan yang optimum. Di samping itu cara pengambilan antioksidan juga dititikberatkan supaya kandungan antioksidan dalam makanan tidak musnah. Bagi memastikan antioksidan berkesan ke atas penyakit kardiovaskular, beberapa hasil kajian ke atas haiwan dan manusia telah ditunjukkan. Keberkesanan antioksidan sebagai pelindung ke atas penyakit kardiovaskular memang terbukti, menunjukkan mekanisme perlindungan. Pengambilan antioksidan ini tidak hanya memberi manfaat ke atas sistem kardiovaskular iaitu pada jantung dan darah sahaja, tetapi perlindungan kepada tubuh keseluruhannya.
 
Promo Price RM25 to RM24
Purchase direct to ;

 Penyakit Kardiovaskular: Peranan Antioksidan

Penyakit Kardiovaskular: Peranan Antioksidan

 

No comments:

Post a Comment